Kelantan Backpacker

Berjalan Tiada Henti

LightBlog

Sudah terlalu lama tetamu-tetamu hotel terpaksa bersabar dengan ciri-ciri penginapan yang kurang bijak sehingga mengabaikan keselesaan pali...

Kelebihan Hotel Virgin milik Richard Branson

Sudah terlalu lama tetamu-tetamu hotel terpaksa bersabar dengan ciri-ciri penginapan yang kurang bijak sehingga mengabaikan keselesaan paling asas di bilik penginapan. Wi-fi dikenakan caj jika mahu digunakan di bilik, minuman di dalam peti sejuk dikenakan caj apabila tetamu membukanya, kawalan suhu berpusat bagi penghawa dingin amat tidak menyelesakan bagi tetamu yang tidak tahan kesejukan. Itulah antara rungutan dan kekurangan yang dirasai tetamu-tetamu hotel. Maka, Virgin Hotel milik Richard Branson mahu mengubahnya dengan memberi pengalaman yang mengembirakan dan selesa kepada para tetamu. Semuanya digambarkan di dalam video ini:





Papan Tanda Virgin Hotel
Pintu Utama
Perkhidmatan Ulang-Alik Hotel
Virgin Hotel telah bekerjasama dengan Tesla untuk menggunakan kereta elektrik Tesla Model S P85D sebagai pengangkutan buat tetamu hotel sebagai satu perkhidmatan ulang-alik (shuttle service) ke sekitar Chicago.
virgin hotel 1b
Kaunter Penyambut Tetamu
Ruang Legar Bilik Hotel
virgin hotel 4b
Bilik Penginapan
Palam suis disediakan di tempat yang mudah dicapai dan praktikal digunakan untuk mengecaj gajet ketika beradu di katil.
Semua bilik penginapan Hotel Virgin direkabentuk dengan dua ruangan bagi memberi pengalaman berbeza kepada tetamu bisnes dan keseronokan. Pintu gelungsur untuk memisahkan ruangan tidur dan ruangan bersolek dan bilik mandi. Ini bagi memastikan bilik kedap bunyi dan membantu tetamu berehat dengan selesa sementara salah seorang tetamu menggunakan bilik mandi atau pengering rambut.
Ruangan Chilling
Hotel Virgin menampilkan peti sejuk mini jenama SMEG, televisyen pintar LG, dan meja bulat berserta kerusi Vespa yang unik. Makanan ringan boleh ditempah semasa lakukan tempahan hotel, ia adalah sebahagian dari add-on item.
Bilik Air
Ruangan Bersolek Dan Almari Pakaian
Balkoni Hotel
Ruangan Sosial
Restoran dan bar direkabentuk mengikut idea perjumpaan face-to-face sama ada di siang hari atau malam hari dengan parti eksklusif. Ia dibuka untuk tetamu hotel dan orang tempatan. Pihak Hotel Virgin menganggap ruangan-ruangan sosial ini seperti: “dynamic hybrid of bar/lounge, laid-back study and restaurant – all with the vibe of a private members club.
virgin hotel 8avirgin hotel 8bvirgin hotel 8c


0 comments: