Kelantan Backpacker

Berjalan Tiada Henti

LightBlog

>>Mengurangkan Berat Badan : Aktiviti mendaki telah lama dikenalpasti sebagai satu aktiviti penting untuk mengurangkan berat badan s...

Kebaikan Aktiviti Mendaki



>>Mengurangkan Berat Badan : Aktiviti mendaki telah lama dikenalpasti sebagai satu aktiviti penting untuk mengurangkan berat badan serta menyumbang kesihatan yang sihat. Penurunan berat badan melalui aktiviti mendaki adalah lebih berkekalan jika dibandingkan dengan program penurunan berat badan yang lain seperti diet dan sebagainya. Pendakian dalam kadar 2-MPH untuk peserta dengan berat badan 150 pound mampu membakar 240 kalori dalam sejam.

>>Menghindarkan Penyakit Jantung: Lebih dari 2,600 orang mati sehari (seorang mati setiap 33 saat) disebabkan oleh penyakit cardiovascular. Walaupun penyakit jantung bukan hanya disebabkan oleh kekurangan senaman tetapi aktiviti senaman seperti berjalan atau mendaki akan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Mereka yang tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti senaman mempunyai peluang dua kali ganda untuk mendapat penyakit jantung. Aktiviti mendaki turut dapat mengurangkan kadar kolesterol di dalam darah kita yang menjadi salah satu faktor utama serangan jantung. Secara khususnya, ia mampu meningkatkan kadar kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) yang juga dikenali sebagai ‘kolesterol baik’.

>>Mengurangkan Hypertension (Tekanan Darah Tinggi): Masalah tekanan darah tinggi merupakan masalah global yang dihidapi oleh jutaan rakyat. Analisa telah membuktikan bahawa aktiviti senaman seperti berjalan atau mendaki mampu mengurangkan tekanan darah tinggi.

>>Membaikpulih dan mengekalkan kesihatan mental: Masalah tekanan dan kemurungan telah menjadi masalah kesihatan yang biasa pada masa kini tetapi ramai yang telah mendapati bahawa aktiviti berjalan telah mampu mengurangkan masalah ini. Analisa telah membuktikan bahawa aktiviti berjalan/mendaki mampu mengurangkan tekanan.

>>Memperlahankan Proses Penuaan: Analisa telah membuktikan bahawa mereka yang tidak melakukan senaman kerap akan mengalami proses penuaan yang lebih cepat berbanding dengan mereka yang kerap bersenam. Proses penuaan akan dipercepatkan oleh cara hidup yang tidak aktif dan tidak sihat. Aktiviti berjalan/mendaki mampu melambatkan proses penuaan.

>>Mengelakkan Osteoporosis: Osteoporosis merupakan penyakit tulang yang kerap dihidapi oleh golongan wanita disebabkan oleh kekurangan kalsium. Senaman mampu meningkatkan ketumpatan tulang dan mengurangkan kadar kehilangan kalsium.

>>Mengelak dan Mengawal Diabetes: Penyakit Diabets yang tidak dikawal boleh menyebabkan kerosakan ginjal, jantung, mata dan saraf. Senaman seperti berjalan.mendaki mempu mengelakkan dan mengawal diabetes.

>>Memulihkan Atritis: Ramai penghidap arthritis mengurangkan senaman kerana mereka menganggap senaman akan menambah kesakitan. Analisa menunjukkan bahawa senaman sebenarnya mampu mengurangkan kesakitan kerana aktiviti senaman seperti mendaki akan menguatkan otot dan memberikan sokongan yang lebih baik.

>>Mengurangkan Sakit Pinggang: Aktiviti mendaki mampu mengurangkan sakit pinggang yang disebabkan oleh pekerjaan yang menggalakkan anda duduk untuk waktu yang lama. Ia mampu mengurangkan kejangan otot pinggang dan memberikan kelegaan.

“Tabiat sihat ke arah gaya hidup sihat”

0 comments: