- Untuk merealisasikan pendakian ini, kita perlu melaksanakan beberapa aktiviti:
- Persiapkan diri lahir dan batin sebelum memutuskan untuk menyertai aktiviti ini.
- Bersenam ringan sebelum memulakan pendakian.
- Makan pagi dengan sebaiknya untuk mendapatkan bekalan tenaga yang mencukupi.
- Bawa kamera untuk mengabadikan gambar.
- Solat Zuhur dan Asar jamak takdim berjemaah (jika perjalanan melebihi 2 marhalah)
- Bawa barang keperluan sendiri, jangan membebankan orang lain.
- Bawa makanan dan perubatan seperti minyak angin, balm, minyak kuda atau minyak panas.
- Bawa air untuk berwuduk.
- Kongsi makanan bersama rakan.
- Bergerak dalam kumpulan dan taat kepada arahan ketua kumpulan.
- Tepati masa dan gunakan masa dengan sebaiknya.
- Jangan memanjat gunung seorang diri.
- Jangan cakap lepas, sombong, takabbur dan bercakap besar.
- Jangan buang air kecil atau besar di pangkal pokok atau di tempat air bertakung kerana tempat ini sering menjadi kediaman makhluk lain seperti serangga, haiwan hutan atau makhluk jin.
- Jangan bergurau berlebihan.
- Jangan melakukan maksiat.
- Jangan berpisah daripada kumpulan.
- Jangan berdiri dan bergurau di tebing yang curam.
- Jangan tinggalkan sampah sepanjang perjalanan. Kutip sampah dan bawa turun.
- Jangan mengambil barangan sembarangan dari dalam hutan seperti batu-batuan, flora atau fauna.
- Jangan mementingkan diri sendiri.
- Tunggu ahli yang terakhir ketika naik dan turun.
- Bawa bersama ahli yang cedera, sakit atau pengsan.
Comments
Post a Comment