- 1. Rancang destinasi yang ditujui
- - Adalah amat penting bagi individu ataupun kumpulan backpackers merancang destinasi yang ingin ditujui supaya segala aspek seperti kos perbelanjaan dapat dirancang dan terkawal
- 2. Susun atur kelengkapan dengan kemas
- - Anda dicadangkan menyusun atur kelengkapan peribadi seperti pakaian dengan kemas supaya penggembaraan anda lebih lancar dan teratur.Adalah dicadangkan anda mengamal konsep less is more
- 3. Simpan duit di beberapa tempat / bahagian
- - Jika terdapat kecemasan seperti kehilangan wang, dengan adanya duit yang di simpan di beberapa tempat selain beg duit mampu menyelamatkan anda
- 4. Gunakan perkhidmatan kenderaan awam
- - Rata - rata penggembara sering melakukan kesalahan ini dengan menyewa kenderaan dengan kadar sewa yang mahal. Apa kata gunakan perkhidmatan kenderaan awam yang sudah pasti menjimatkan kos
- 5. Laporkan kepada keluarga atau pihak berkuasa
- - Jika anda memilih untuk mengembara seorang diri, jangan lupa untuk beritahu ahli keluarga mengenai percutian anda . Bagi yang ingin mengembara lasak seperti di dalam hutan. pastikan anda membuat laporan bagi memberitahu kehadiran anda disana
- 6. Belajar dan kuasai bahasa tempatan
- - Jika anda berkunjung ke sesebuah negara, cuba elajar dan kuasai bahasa tempatan. Banyak kelebihannya jika anda dapat kuasai bahasa tempatan
- 7. Menginap di Asrama
- - Bagi menjimatkan kos, adalah dicadangkan jika anda menginap di asrama. Bukan sahaja menjimatkan wang, malah anda mungkin berjumpa dengan kawan baru
- 8. Makanan sendiri
- - Jangan lupa untuk bawa makanan sendiri seperti bar tenaga yang dapat membantu anda untuk kekal aktif dan bertenaga
- 9. Awas dengan penyeluk saku dan ulat tiket
- - Dapatkan tiket perkhidmatan kenderaan awam sebagai persiapan awal bagi mengelakkan daripada terkena umpan ulat tiket
- 10. Persiapan ubat - ubatan
- - Persiapan awal ini dapat membantu sekiranya penggembara berada dalam kecederaan.
Semoga dengan 10 Tip Untuk Backpacker ini dapat membantu anda sedikit sebanyak dalam merancang perjalanan anda. Selamat mengembara
0 comments: