Kelantan Backpacker

Berjalan Tiada Henti

LightBlog

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani” 3 Hari 2 Malam ~ Pulau Karimun Tanjung Balai Indonesia Kali ini aku...

Pulau Karimun Tanjung Balai, Indonesia.

“Dengan Nama Allah s.w.t. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani”
3 Hari 2 Malam ~ Pulau Karimun Tanjung Balai Indonesia
Kali ini aku meneruskan pengembaraan Backpacker secara solo menuju ke sebuah pulau yang berhampiran Negeri Johor iaitu Pulau Karimun Tanjung Balai Indonesia. Asalnya aku tidak merancang ke sini tetapi bila aku terbaca kisah rakan-rakan yang pernah datang rasanya tidak salah aku merasai sendiri pengalaman manis di Pulau Karimun ini.





Pulau Karimun Tanjung Balai ini berada di kawasan Kepulauan Melayu Riau, ia berdekatan dengan Pulau Batam dan lokasi pulau ini berhampiran Johor melalui jetty Kukup, Pontian  dan Jetty Habourfront, Singapore.

     Kota Bharu ~~ JB Sentral ~~ Larkin ~~ Pontian ~~ Kukup Jetty ~~ Karimun
Menaiki FIREFLY KB ke JB selama 1jam 30 minit

Tiba di Senai Airport pada pukul 10.20 pagi

Bila sampai di Senai Airport biasanya aku akan merayau dulu dalam MPH Bookstore layan tajuk buku lepas tu baru cari tiket bus ke JB Sentral.  

 
                         Schedule Bus Senai Airport to JB Sentral



Tambang bus sehala ke JB Sentral RM8 bagi penumpang yang menaiki pesawat AirAsia percuma pastikan simpan Boording Pass cop di kauter bus dan boleh naik bus percuma ke JB Sentral.


JB Sentral

JB Sentral ~~ Larkin Terminal ~~ Terminal Bus Pontian
Sampai sahaja Bandar Johor Bahru pertama sekali aku ronda~ronda money changer yang ada dekat sekitar JB Sentral tengok rate Indonesian Rupiah IDR termurah boleh dapat. Survey punya survey akhirnya dapat jugak kadar yang paling murah.

500,000 IDR cukup untuk 3 Hari 2 Malam di Pulau Karimun Tanjung Balai termasuk penginapan 2 malam di hotel, makan dan minum dan derma jariah. Setelah selesai menukar duit Rupiah jalan ~ jalan dulu dekat KOMTAR.

Komtar JB ~~ Larkin Terminal Bus 
Bus untuk pergi ke Terminal Bus Larkin anda boleh naik di depan KOMTAR JBCC dengan harga RM1.70 sehala. Bus untuk pergi ke PONTIAN hanya boleh di naiki di Terminal Larkin.



                        Terminal Bus Larkin to Terminal Bus Pontian












LARKIN to PONTIAN mengambil masa 1 jam 30 minit dengan tambang RM5.40 tambang sehala. PONTIAN to KUKUP JETTY menaiki Bus Kembara City dalam 18 KM mengambil masa 30 minit dengan tambang RM3.10

Terminal Pengankutan Awam Pontian








































TIKET FERRY KUKUP TO KARIMUN TANJUNG BALAI
Harga tiket ferry MV TUAH RM100 untuk pergi dan balik + RM 20 tax Jetty total tambang kena bayar RM120 sahaja. 

BAYARAN TAMBAHAN DAN TAX JETTY TANJUNG BALAI
Semasa nak balik pastikan anda simpan IDR 95,000 Rupiah untuk bayar 35,000 Rupiah di Kaunter Ferry Tuah untuk daftar dan dapatkan tiket balik. Manakala semasa nak Check In  masuk Terminal Ferry BOARDING FEE Rp.60.000.00 Rupiah.Total bayaran Rp.95.000.00 bersamaan RM29.00


Penumpang sedang beratur masuk untuk pemeriksaan Imigresen Malaysia. Aku sempat naik Ferry yang last untuk Pulau Karimun. Peringatan last ferry ke Pulau Karimun Tanjung Balai pukul 4.00 pm waktu Malaysia. Rancang perjalanan anda supaya anda tidak terlepas menaiki ferry. 
TERMINAL FERI ANTARABANGSA KUKUP

Terminal Ferry Kukup ~~ Terminal Ferry Tanjung Balai Karimun






































1 Jam 30 Minit pelayaran maka muncullah wajah Pulau Karimun Tanjung Balai di bawah Kepulauan Melayu Riau. Bangsa Melayu Riau masih lagi menjadi penghuni di Pulau ini dan ia merupakan salah satu Rumpun Melayu di Nusantara.

PULAU KARIMUN TANJUNG BALAI

Jetty Pulau Karimun Tanjung Balai
    Tuah mendarat dengan selamat                                                        Surau Terminal Jetty

Sebaik saja sampai aku terus pergi ke Musholla Al-Hikmah yang berdekat menunaikan Solat Jamak Takhir dan mulakan perjalanan kaki ku meronda ~ ronda Pulau Karimun. Walaupun banyak teksi harganya murah dan berpatutan tetapi aku memilih untuk berjalan kaki kerana itulah hobi ku bila Backpackers.. 

















HARI KE~ 2 AHAD 10 MEI 2015










































Lokasi Hotel malam pertama di Tanjung Balai Hotel . Hotel ini betul berhadapan dengan Masjid Baitul Karim dan sekitarnya  banyak kedai makan dan bersebelahan Pasar Karimun. Harga hotel cukup murah dan berpatutan. Setiap kali waktu solat aku akan solat di Masjid Baitul Karim, 20 kali langkah dah sampai atas Masjid ini.







Cadangan saya kepada sesiapa yang nak melawat Karimun boleh menginap di Hotel ini. Lokasi strategik, berdekatan pasar dan kedai makan dan paling penting anda boleh solat di Masjid Baitul Karim apabila masuk waktu solat.


Waktu Solat di Karimun

0 comments: